View Single Post
Old 8th August 2017, 05:10 PM  
Wk. RT
 
Join Date: 29 May 2016
Userid: 5122
Posts: 73
Likes: 0
Liked 0 Times in 0 Posts
Default Kepala Bayi Tanpa Badan Menjadi Rebutan Anjing Untuk Dimakan



Kejadian berlaku di Ranau, Sabah ketika seorang penduduk kampung di Kampung Kimolohing sedang menjemur kain pada pagi Isnin (10 Julai 2017) di hadapan rumahnya.
Ketika asyik melakukan kerja rutinnya, dia terdengar dan ternampak segerombolan anjing sedang berkelahi dan bising seolah ada sesuatu yang terjadi.

Dia menyangka itu cuma tabiat biasa anjing kelaparan yang akan bising ketika berebut makanan untuk hidup.
Namun dari jauh dia melihat adik ipar, serta jiran mereka sedang memerhatikan sesuatu yang seakan mencurigakan.



Kerana terlalu ingin tahu tentang apa yang sedang berlaku, akhirnya dia nekad untuk menghampiri dan melihat sendiri apa yang sebenarnya terjadi, dan sememangnya sesuatu yang sungguh menyedihkan,kepala bayi tanpa badan serta dengan wajah yang telah rusak.
Tanpa berlengah kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak polis di Pejabat Polis Daerah Ranau (PPD Ranau) untuk diambil tindakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Farhan Lee Abdullah, kejadian berlaku sekitar jam 11.30 pagi (Isnin) , ketika pengadu seorang lelaki warga tempatan sedang menjemur kain berhampiran kawasan rumahnya.
Kepala bayi malang itu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk otopsi pada keesokan harinya.


Sumber BeritaMataIndonesia
735bel is offline   Reply With Quote