Seorang doktor berusia 43 tahun Dr. Zhao Bianxing, dilaporkan meninggal dunia Akibat Kerja 18 Jam tanpa henti di sebuah hospital di China.
Dr. Zhao Bianxing, yang berasal dari Daerah Shanxi tiba - tiba rubuh akibat strok dan meninggal esok harinya pada tanggal 30 Desember, dan rekan sekerjanya gagal untuk menyelamatkannya.
Menurut seorang teman kerja, Dr. Zhao mula bekerja pada jam 6 petang pada tanggal 28 Desember, dan selesai melihat pasien luar sekitar tengah malam sebelum memulai dalam pemeriksaan wad hospital.
Tambah rekan kerja lagi, "pada musim sejuk, jabatan pediatrik dan respiratori dikunjungi ramai pesakit. Doktor sering kali tidak dapat menyelesaikan tugas tepat pada masa yang ditetapkan kerana terlalu sibuk dengan tugas tambahan baru di jabatan tersebut".
Menurut seorang wartawan tempatan Ma Xiaoma, yang turut berada dihospital berkata, "Dr. Zhao sedang memeriksa pesakit di wad dan dia tiba-tiba pengsan". "Denyut jantungnya juga berhenti cepat dan dia segera digegaskan ke unit rawatan intesif".
Dr. Zhao seorang yang 'gila kerja' dan tidak pernah menolak sebarang bantuan yang diperlukan daripada rakan-rakannya. Selepas 20 jam bertarung nyawa, mereka tidak dapat menyelamatkan Dr. Zhao. Tepat jam 7.16 pagi, pada 30 Desember , Dr. Zhao meninggal dunia selepas disahkan mengalami strok yang jarang berlaku akibat daripada pendarahan di permukaan otak.
Agensi Berita Xinhua merumuskan, hampir 600,000 pekerja China dikatakan mati akibat keletihan setiap tahun dan menurut Chinese Circulation Journal juga, antara bulan Januari hingga Julai 2017, seramai 13 orang doktor meninggal dunia semasa waktu bekerja disebabkan oleh jangka masa bekerja yang lama.
Daripada kisah ini, diharap untuk mengambil langkah sebelum masa bekerja dan jangan sampai melupakan kesehatan sendiri.
Sumber 60detiknews
https://goo.gl/kL1KCz